Selebriti

Positif COVID-19, Fazli Zainal perlu bantuan oksigen

- Diterbit 31 Julai 2021 4:37 PM MYT

PENYANYI Fazli Zainal dikejarkan ke Hospital Ampang kerana disahkan positif COVID-19 selepas tahap oksigen dalam badan menurun kepada 75 peratus.

Keadaan ini menyebabkan Fazli perlukan bantuan oksigen.

Berita mengenai situasi yang dialami Fazli dikongsikan penyanyi Sharifah Zarina menerusi hantaran di Facebook.

“Mohon doa kalian buat sahabat, Fazli Zainal. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menyembuhkan,” tulisnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas