Berita

Portal Wilayahku dekatkan pembaca seluruh negara

PORTAL WILAYAHKU
KHALID hadir pada Majlis Perasmian Buku 365 Hari Mengurus Transisi Memenuhi Harapan dan
- Diterbit 19 Ogos 2019 4:34 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

PUTRAJAYA – Sejajar dengan perkembangan semasa masa kini, akhbar Wilayahku menyediakan platform baharu khusus untuk memperluaskan pautan pembaca seluruh negara menerusi portal rasminya, wilayahku.mentera.my.

Menampilkan beberapa elemen baharu termasuk video, ruangan berita seperti berita semasa, jenayah, ekonomi, aktiviti komuniti serta sukan di samping mempunyai pautan kepada rangkaian media sosial, portal Wilayahku dilihat mampu berdiri teguh bersama portal berita yang lain.

Malah, ia dibina supaya lebih interaktif, mudah, cepat dan bergaya serta mesra pengguna berbanding versi cetak yang hanya mempunyai 24 halaman.

Pengenalan portal itu juga selaras dengan usaha menarik segmen pembaca dalam kalangan orang muda selain permintaan tinggi daripada pembaca-pembaca dari luar kawasan Wilayah Persekutuan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai perkembangan aktiviti masyarakat ibu kota termasuk lokasi menarik.

Portal tersebut turut membolehkan pembaca memuat turun akhbar Wilayahku versi format PDF (portable document format).

Pelancaran tersebut disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad pada Majlis Perasmian Buku 365 Hari Mengurus Transisi Memenuhi Harapan dan Pelancaran Portal Berita Wilayahku.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Saripuddin Kasim. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas