Berita

Polis mohon bantuan kesan Asdanusi

- Diterbit 8 September 2021 2:13 PM MYT

POLIS Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki berbangsa melayu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pegawai Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Inspektor Wan Faraheeda Wan Muhammad Salleh dalam satu kenyataan berkata, lelaki yang dikenali Asdanusi Daut, 44, di kesan berada di alamat terakhir iaitu Blok 90-19-10, Apartment Putra Ria,
Kampung Haji Abdullah Hukum, 59200 Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta
untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Cheras) Inspektor Zulfadly Syazwan di talian 013-2733045 dan 03-92050357, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 585 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran,” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas