WK TV

Polis kesan pemandu Ford Ranger biadab

- Diterbit 20 Januari 2020 9:01 AM MYT

KAJANG – Polis sedang mengesan pemandu kenderaan jenis Ford Ranger 2.0L Bit WT 4WD Auto berwarna kelabu yang bernombor pendaftaran VDX 3136 bagi membantu siasatan kes kemalangan jalan raya di Kilometer 298.2 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 11.41 pagi semalam mengakibatkan penunggang motosikal berusia 35 tahun cedera di bahagian kaki dan tangan.

Ujar beliau, video berdurasi 19 saat itu turut memaparkan pemandu Ford Ranger yang datang dari lorong kanan tiba-tiba mengubah haluan secara merbahaya ke lorong kecemasan dan melanggar bahagian tepi sebelah kanan motosikal mangsa sehingga mengakibatkannya jatuh.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan masih dijalankan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas