Berita

Katakan tidak kepada beg plastik

KHALID memotong penyedut minuman plastik sebagai gimik kempen penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan pada program Biodegradable Fun Run 2020 di dataran DBKL.
- Diterbit 19 Januari 2020 3:33 AM MYT

KUALA LUMPUR – Seramai 3,000 warga kota menyertai Biodegradable Fun Run 2020 yang bermula di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berkata, tujuan program larian tujuh kilometer ini diadakan adalah sebagai tanda sokongan terhadap penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan.

“Kementerian juga telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan berterusan terhadap peniaga yang tidak mematuhi arahan penggunaan produk biodegradasi di ibu kota,” ujarnya.

Pelbagai program-program berbentuk Communication, Education and Public Awareness (CEPA) terus dilaksanakan dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman serta kerjasama orang ramai dan peniaga.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), Datuk Siti Fatimah Daud serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas