Berita

Tun Mahathir sebak ‘perjuangan belum selesai’

RAKAMAN dari siaran langsung Radio Telivisyen Malaysia (RTM) menunjukkan Dr. Mahathir sebak ketika menyaksi persembahan.
- Diterbit 31 Ogos 2019 5:34 AM MYT

Oleh : AZLAN ZAMBRY
[email protected]

PUTRAJAYA – “Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsa yang berjaya.”

Rakaman semula ucapan yang dimainkan semasa Persembahan Khas Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih pada sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya pagi tadi menyebabkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebak.

Pada masa sama, beliau menyaksikan persembahan Kontinjen Harimau Asia dan Anai-anai Kuala Lumpur Merdeka Dance yang menunjukkan bagaimana anai-anai iaitu simbolik rasuah merosakkan masyarakat dan negara.

Persembahan segmen ketiga itu turut menonjolkan elemen nilai serta iltizam kerajaan baharu untuk membasmi rasuah dan membentuk sahsiah masyarakat sekaligus membangunkan negara seiring dengan rakaman ucapan Dr. Mahathir.

Terdahulu, Dr. Mahathir mengiringi Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan bercemar duli menyaksikan persembahan tersebut. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas