Utama

CORAT CORET HARI KEBANGSAAN 2019

AGONG-MERDEKA
YANG Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli hadir menyaksikan sambutan hari Kemerdekaan 2019 di Dataran Putrajaya. - FOTO:NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 31 Ogos 2019 3:57 AM MYT

PATRIOTIK. Selain sambutan gilang-gemilang yang disertai perarakan dan perbarisan termasuk pertunjukkan aset-aset kerajaan, rata-rata penduduk Malaysia yang datang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya, Putrajaya juga mempamerkan pelbagai aksi bersahaja termasuk mengenakan ‘costume’ bertemakan Jalur Gemilang demi menzahirkan semangat cintakan tanah air.

Ia juga merupakan salah satu cara untuk mengenang jasa dan pengorbanan perwira negara terdahulu.

Menariknya, pada sambutan ini, masyarakat Malaysia berkumpul beramai-ramai tanpa mengira bangsa dan agama. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas