Berita

PM putuskan kedai gunting rambut dilarang beroperasi

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
- Diterbit 13 April 2020 6:58 AM MYT

PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil keputusan lebih tegas apabila melarang kedai gunting rambut, salon kecantikan dan kedai cermin mata beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan usaha menamatkan penularan wabak Covid-19 tercapai.

Katanya, kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat dan mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar tertentu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya kira menjawab segala persoalan ditimbulkan oleh rakyat, maka Perdana Menteri sendiri telah memutuskan bahawa tiada lagi isu berkenaan kedai gunting rambut dan sebagainya kerana tidak dibenarkan beroperasi,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu semua bentuk bazar Ramadan turut tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh PKP. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas