Berita

PLANMalaysia anjur pertandingan Inovasi MCA dan Geo-Spatial 2019

PERTANDINGAN PLANMALAYSIA
KETUA Pengarah PLANMalaysia, Datuk TPr Mohd. Anuar Maidin (tengah) hadir merasmikan Pertandingan Inovasi Multi-Criteria Analysis (MCA) dan Geo Spatial PLANMalaysia di Menara Seri Wilayah, Putrajaya. - FOTO:NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 27 Ogos 2019 10:14 AM MYT

PUTRAJAYA – PLANMalaysia hari ini mengadakan pertandingan Inovasi Multi-Criteria Analysis (MCA) and Geo-Spatial 2019 di Menara Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan di sini.

Melibatkan sembilan kumpulan, pertandingan yang julung kali diadakan itu bertujuan membudayakan amalan penggunaan MCA dan Geo-Spatial dalam kalangan warga PLANMalaysia sekali gus membantu dalam membuat keputusan perancangan dan pengurusan projek.

MCA dan Geo Spatial merupakan kaedah yang membantu dalam membuat keputusan perancangan khususnya melibatkan pemilihan lokasi, tapak projek dan program yang telah dikenalpasti di dalam rancangan tempatan (diwartakan).

Pengarah Bahagian Maklumat Guna Tanah Negara PLANMalaysia, Mohd. Munizam Abdul Aziz berkata, pertandingan yang berlangsung sejak pukul 9.30 pagi sehingga 4 petang tadi turut membolehkan wakil-wakil daripada PLANMalaysia Negeri dan bahagian-bahagian ibu pejabat mempelajari serta mendapat input berkaitan MCA dan Geo-Spatial.

“Kumpulan akan terbagi kepada dua kategori iaitu Localising Local Plan dan terbuka. Seramai 90 orang telah hadir bagi memeriahkan pertandingan hari ini,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah PLANMalaysia, Datuk TPr Mohd. Anuar Maidin.

Tambah Mohd. Munizam, pemenang pertandingan tersebut akan diumumkan pada Sambutan Hari Inovasi peringkat PLANMalaysia akhir September ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas