Berita

PKB tunggu maklum balas terperinci penduduk

ZULKURNAIN
- Diterbit 10 Oktober 2019 7:26 AM MYT

PUTRAJAYA – Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) mengesahkan setakat ini sebanyak 93.7 peratus iaitu kira-kira 773 pemilik atau pewaris tanah di Kampung Baru sudah bersetuju dengan tawaran harga yang diumumkan kerajaan semasa Sesi Town Hall Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad di Kuala Lumpur pada 21 September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Zulkurnain Hassan ber­kata, pemilik dan pewaris tanah tersebut telah mengemukakan borang maklum balas yang diedar pada sesi Town Hall tersebut.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, data-data berkaitan yang lebih terperinci hanya akan dikeluarkan selepas selesai proses analisis terhadap maklum balas itu dilakukan.

“Tempoh masa belum berakhir lagi. Lepas tamat tempoh ini, kita akan sediakan ‘post mortem’ terperinci,” kata­nya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Secara keseluruhan, Kampung Baru mempunyai kelua­san 121 hektar, termasuk kawasan segi tiga emas seluas 89 hektar yang diwartakan sebagai kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS).

Bakinya, 32 hektar berada di luar MAS, merangkumi kawasan Raja Bot, kawasan perumahan PKNS Sungai Baru, flat PKNS Jalan Tun Razak, flat PKNS 17 Tingkat dan Wisma PERKESO.

Penempatan itu melibatkan 825 lot berada dalam kawasan MAS.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas