Berita

Piala pertama pasukan KLU FC

|
- Diterbit 27 Februari 2021 5:16 PM MYT

KUALA Lumpur United FC (KLU FC) berjaya menewaskan Selangor FC pada penentuan sepakan penalti 4-2 selepas kedua-dua terikat 0-0 dalam perlawanan Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan 2021 yang berlangsung malam tadi.

KLU FC hampir di depan apabila hantaran daripada ketua pasukan, Paolo Josue kepada penyerang import, Dominic Da Sylva gagal dimanfaatkan pada separuh masa pertama.

Pemain baru pasukan itu, Hadin Azman juga gagal memanfaatkan peluang terhidang.

Selang beberapa minit Paolo Josue juga gagal menjaringkan gol apabila rembatan tersasar ke sebelah kiri gawang gol Selangor FC.

Pada minit akhir perlawanan pemain berpengalaman, Indra Putra Mahyuddin tidak berjaya menyambut hantaran lintang Paolo Josue.

Penjaga gawang KLU FC, Kevin Mendoza mencuri tumpuan apabila berjaya selamatkan sepakan penalti pemain Selangor.

Dalam penentuan sepakan penalti itu, Indra Putra Mahyuddin menjadi wira KLU FC apabila menyempurnakan sepakan terakhir menewaskan penjaga gawang Selangor FC. – AFFANDY ANUAR – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas