Berita

Tujuh kawasan alami gangguan air sementara

- Diterbit 28 Februari 2021 5:24 AM MYT

SEBANYAK tujuh kawasan di sekitar Labuan mengalami gangguan bekalan air sementara bagi kerja-kerja pembaikan paip pecah, hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Air Labuan (JBA), ia berikutan susulan berlakunya paip pecah di Jalan Tanjung Purun yang membabitkan paip berukuran 160mm jenis HDPE.

Susulan itu, bekalan air akan ditutup bermula pada jam 11.30 pagi hari ini bagi memastikan kerja pembaikan berjalan lancar.

“Kawasan yang terlibat adalah Kuarters Balai Polis, Jalan Tg. Bendera, Stesen minyak Shell Tg. Purun, Jalan Tenaga, Restoran Mawilla, Jalan Tg. Purun.

“Bekalan air akan pulih sepenuhnya dalam anggaran sekitar 8 hingga 24 jam selepas kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan,” katanya.

Sehubungan itu, pengguna yang mengalami masalah berkenaan gangguan sementara bekalan air ini boleh menghubungi pihak JBA di talian 087-410200 atau talian WhatsApp 0138560755.

“Pengguna juga boleh mendapat maklumat kemaskini yang berkaitan di halaman Facebook rasmi Jabatan Bekalan Air, Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya. – KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas