Berita

Peruntukan projek diumum dalam Belanjawan 2024 diagih awal – PM

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 18 Januari 2024 8:45 PM MYT

KEMENTERIAN Kewangan telah mula mengagihkan peruntukan bagi projek-projek yang diumum dalam Belanjawan 2024 kepada pelbagai agensi berkaitan pada bulan ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Penyaluran peruntukan yang pantas ini adalah bagi mempercepat projek terbabit tanpa perlu menunggu lebih lama untuk pelaksanaan yang berterusan,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan pada sidang akhbar sempena program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini hari ini.

Beliau bersama 31 menteri menghadiri program dua hari itu yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa sejak semalam.

Mengulas prospek ekonomi negara bagi 2024, Perdana Menteri berkata perkara paling utama ialah kestabilan politik disusuli dengan dasar-dasar yang jelas. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas