KUALA LUMPUR – Seorang pemandu Perodua Myvi mengalami saat mendebarkan apabila kenderaannya tiba-tiba terjerumus ke dalam lubang yang besar ketika melalui Jalan Maharajalela di sini malam tadi (24 November).
Difahamkan ketika kejadian pada pukul 11.30 malam itu, aliran trafik dalam keadaan perlahan sebelum kenderaan mangsa terperosok ke dalam lubang sebesar kira-kira dua meter yang tiba-tiba terbentuk akibat tanan mendap.
Sumber Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyebut, insiden tanah mendap tersebut berpunca daripada kebocoran paip air bawah tanah.

”Kes ini di bawah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas). Pihak kontraktor Syabas sudah membuat kerja-kerja pembaikan dan menurap semula jalan tersebut,” kata sumber. – WILAYAHKU