Berita

Permohonan pengecualian cukai pintu di Kuala Lumpur dibuka

ANNUAR dan Timbalannya, Datuk seri Dr santhara menunjukkan buku inisiatif Wilayah Cakna 3.0 selepas mengumumkannya.
- Diterbit 15 Oktober 2020 8:55 AM MYT

PEMBAYAR cukai pintu yang berhadapan ketiadaan penyewa premis akibat penularan wabak COVID-19 boleh membuat permohonan dikecualikan cukai taksiran tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, insentif itu bagi mengurangkan beban yang dihadapi pembayar cukai susulan premisnya tidak menjana sebarang pendapatan berikutan kosong.

“Saya ada terima syor supaya bantuan yang lebih luas diberikan kepada pembayar cukai pintu dan ini juga pernah dibawa dalam Parlimen.

“Dalam bidang kuasa kita, pembayar cukai yang dapat buktikan (premis) tidak disewa atau tidak menjana pendapatan akibat daripada masalah COVID-19 boleh membuat permohonan kepada bandaraya dan akan dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidah akhbar Pengumuman Khas Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 hari ini.

Mengulas lanjut, kata Annuar, insentif tersebut susulan Datuk Bandar Kuala Lumpur mempunyai kuasa untuk mengecualikan pembayaran cukai pintu bagi premis yang tidak disewakan atau kosong yang mana ia berpunca daripada masalah COVID-19.

Jelas beliau, perkara itu juga sudah dikaji dan prosesnya akan diperincikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas