Berita

Permohanan Shahrir pindah kes Mahkamah Tinggi didengar 30 Mac

KUALA LUMPUR 03 APRIL 2019. Keadaan suasana di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada kes bicara Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hadir ke mahkamah bagi menghadapi perbicaraan atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta. NSTP/ASWADI ALIAS.
- Diterbit 1 Mac 2021 8:15 AM MYT

PERMOHONAN bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi memindahkan kes gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapinya, dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi akan didengar pada 30 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Afif Ali ketika dihubungi pemberita selepas sebutan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas hari ini.

“Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan,” katanya yang memaklumkan prosiding kes turut dihadiri TPR Natrah Fareha Rahmat dan peguam Syahrul Syazwan Salehin mewakili Shahrir.

Shahrir, 72, dituduh melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada bekas perdana menteri itu berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013.

Cek itu kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 Nov 2013.

Oleh itu, Shahrir didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram dan dituduh melakukan kesalahan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan– BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas