Berita

Perlu ada lebih banyak pelapis paralimpik untuk masa hadapan

|
- Diterbit 8 Disember 2021 10:30 AM MYT

SEMUA pihak berkepentingan perlu berusaha mencari bakat baharu sekali gus mendedahkan golongan belia lebih awal dalam dunia sukan.

MEGAT

Menurut Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, pendedahan bukan sahaja di peringkat kebangsaan bahkan hingga ke peringkat antarabangsa dalam sukan yang berpotensi.

“Pendedahan tersebut akan meletakkan harapan baharu dan memacu keazaman mereka. Saya gembira kerana Majlis Sukan Negara (MSN) telah melabur dalam membiayai kontinjen sekali gus mereka kini memiliki ramai bakat baharu yang akan berkembang menjadi atlet paralimpik yang berjaya,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan, Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) akan terlibat secara aktif bersama pihak berkuasa negeri di seluruh negara untuk bergerak mencari bakat baharu seterusnya menjadi atlet paralimpik hebat di masa hadapan.

Terdahulu, Sukan Para Remaja Asia 2021 (AYPG) yang berlangsung di Manama, Bahrain pada 2 hingga 6 Disember lalu menyaksikan kemunculan beberapa bintang baharu yang memiliki potensi besar pada masa hadapan antaranya atlet renang para, Zy Lee Kher.

Perenang muda berusia 15 tahun yang dilahirkan tanpa kaki dan sebelah lengan yang pendek mencipta rekod apabila berjaya merangkul tiga pingat yang terdiri daripada pingat emas, perak dan gangsa. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas