Berita

Perkep Wangsa Maju anjur lawat kilang coklat

ANGGOTA Perkep IPD Wangsa Maju bergambar ketika lawatan ke Kilang Coklat Beryl's, Seri Kembangan baru-baru ini.
- Diterbit 26 September 2019 11:00 AM MYT

LAWATAN. Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Dae­rah (IPD) Wangsa Maju, Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke Kilang Coklat Beryl’s, Seri Kembangan, Selangor dan Muzium Negara.

Lawatan yang diketuai oleh Pengerusi Perkep IPD Wangsa Maju, Huda Rahayu Abdul Razak turut disertai seramai 25 orang ahli Perkep.

Rombongan itu bertujuan memberi pengalaman kepada ahli-ahli untuk melihat sendiri proses pembuatan coklat secara langsung di kilang tersebut dan mempelajari sejarah mengenai makanan itu.

Seterusnya rombongan berkenaan bergerak ke Muzium Negara untuk mengimbau kembali sejarah negara.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas