Berita

72 pemimpin Pengakap Kelana terima anugerah

PEMIMPIN Pengakap Kelana bergambar kenangan selepas menerima anugerah Khidmatmu Dikenang pada Rovermoot Selangor 2019 di Taman Milenium, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor baru-baru ini.
- Diterbit 26 September 2019 10:57 AM MYT

ANUGERAH. Pemimpin Pengakap Kelana Daerah Putrajaya telah dianugerahkan Khidmatmu Dikenang pada majlis Rovermoot Selangor 2019 yang berlangsung di Taman Milenium, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor baru-baru ini.

Ia dianjurkan Majlis Pengakap Kelana Negeri Selangor (MPKN).

Seramai 72 bekas pemimpin Pengakap Kelana Negeri Selangor diberikan Anugerah Khidmatmu Dikenang atas sumbangan dalam membangunkan serta memperkasakan lagi Pengakap Kelana Negeri Selangor.

Antara penerima anugerah adalah Pemimpin Pengakap Kelana Daerah Putrajaya adalah Muhammad Fadzly Ahmad Fazhil,Zahrulhuda Kamaruddin, Muhammad Hilmi Hazwan Abdul Aziz, Mohd. Safuan Mohd. Yusuf.

Sementara itu, seramai 109 orang Pengakap Kelana dari seluruh Malaysia telah menyertai Rovermoot Selangor 2019 yang julung-julung kali diadakan.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Noor Hashim Ismail.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas