Berita

Perisma ziarah pesara bomba terima rawatan

ROMBONGAN Perisma dan pegawai bomba melawat seorang pesara jabatan itu di kediamannya di Setapak baru-baru ini.
- Diterbit 29 Ogos 2019 5:26 PM MYT

ZIARAH. Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita (Perisma) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kebangsaan telah mengadakan program ziarah keatas pesara bomba, Shukur Rashid di kediaman beliau di Setapak, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Pengerusi Perisma Kebangsaan Datin Jamilah Hosein hadir bersama wakil Perisma Kuala Lumpur menyampaikan sumbangan dan diiringi oleh Timbalan Pengarah JBPM Kuala Lumpur Penolong Pesuruhjaya (PPjB) M. Murugiah serta pegawai kanan jabatan tersebut.

Selain itu, Perisma turut melawat seorang lagi pesara bomba, Zainudin Ali yang sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas