Berita

Majlis pentauliahan pegawai-pegawai baharu Kor Sispa

ANGGOTA Kor Sispa UKM bergambar selepas Majlis Pentauliahan di UPM, Serdang baru-baru ini.
- Diterbit 29 Ogos 2019 5:24 PM MYT

TAULIAH. Seramai 35 orang penuntut yang menyertai Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Sispa) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditauliahkan sebagai pegawai-pegawai baharu Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang diadakan di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, baru-baru ini.

Pentauliahan Kor Sispa kali ke-10 itu disampaikan oleh Menteri Besar Selangar, Amiruddin Shaari dan turut disertai oleh Ketua Pesuruhjaya (PA) Datuk Roslan Wahab dan Naib Canse­lor UPM, Prof. Datuk Dr. Aini Ideris.

Kor Sispa ini telah ditubuhkan sejak 13 tahun yang lalu sebagai aktiviti kokurikulum kepada para penuntut di IPTA dan IPTS. Para penuntut yang ditauliahkan ini telah lulus semua ujian dan kursus serta melengkapkan silibus yang telah disyaratkan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas