Selebriti

Penyanyi lagu Ala La La Tok, POE meninggal dunia

Foto: Harian Metro
- Diterbit 12 Jun 2020 12:12 PM MYT

PENYANYI yang popular dengan lagu Ala La La Tok (Jangan Saman) pada 1980-an Poe, 64, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 12.30 tengah hari, hari Ini. 

Allahyarham Poe atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Ahmad,64, menghembuskan nafas terakhir akibat masalah jantung dan komplikasi beberapa penyakit lain.

Menurut isterinya, Nor Aishah Zakaria, 54, selepas lima hari mendapatkan rawatan di HKL, doktor meminta Allahyarham berehat di rumah kerana pesakit terlalu ramai.

Sebelum ini Poe pernah dimasukkan ke Hospital Selayang sejak minggu lalu akibat masalah jantung, buah pinggang dan hati yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

Poe yang popular dengan lagu Ala La La Tok
Foto: Harian Metro

Selain itu, Poe pernah dimasukkan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada 1 Mac 2016 akibat serangan angin ahmar.

Poe yang turut menganggotai kumpulan Rampa ini juga aktif sebagai kartunis khususnya untuk majalah Gelihati. 

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas