Selebriti

Penyanyi asal Ayam Den Lapeh, Elly Kasim meninggal dunia

- Diterbit 25 Ogos 2021 8:03 AM MYT

BINTANG lagenda Indonesia yang juga penyanyi asal lagu Ayam Den Lapeh, Elly Kasim Ali Umar meninggal dunia sekitar pukul 3.48 pagi (waktu tempatan) ini.

Allahyarham Elly Kasim,77, menghembuskan nafas terakhir selepas menghadapi masalah pencernaan.

Lagu Ayam Den Lapeh juga pernah dirakamkan oleh penyanyi terkenal, Anita Sarawak.

Allahyarham Elly Kasim yang pernah menghasilkan 100 album dilahirkan di Sumatera Barat pada 27 September 1944.

Suami beliau yang juga seorang seniman berdarah Minang, Nasif Bazir meninggal dunia pada 2020. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas