Selebriti

Kawan baik songlap wang RM70,000, Andi Bernadee buat laporan polis

|ANDI bersama peguamnya Faizal Rahman
- Diterbit 25 Ogos 2021 6:05 AM MYT

PENYANYI dan pelakon Andi Bernadee membuat laporan polis berhubung kes seorang kawan baiknya yang telah pecah amanah, hari ini di Ibu Pejabat Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Andi mendedahkan kawan baiknya itu telah songlap wang sebanyak RM 70,000 yang merupakan hasil pendapatan daripada kerjaya lakonan dan kerjasama dengan syarikat pakaian.

“Ini adalah pecah amanah di mana dia adalah orang yang saya percaya. Saya memang tak sangka sebab dia dah kacau periuk nasi saya dan telah memfitnah saya kepada produksi lain.

“Rupa-rupanya dia telah songlap duit saya. Setakat ini duit saya yang ‘hilang’ kira-kira RM 70,000 yang saya sendiri tak pernah merasa duit tu.

“Dia telah memanipulasi whatsap saya dan hantar kepada klien. Klien mula percaya dan menyebabkan mereka telah memindahkan duit ke akaun persendiriannya,” jelas penyanyi yang popular dengan lagu Kais Pagi Kais Petang dan Penat itu.

Terdahulu, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile,30, ditemani pengurusnya Nasir Deraman dan peguam, Faizal Rahman, membuat laporan polis.

ANDI bersama peguamnya Faizal Rahman

Andi berkata, dia mula meragui sikap kawan baiknya itu apabila tiada wang masuk ke akaunnya.

“Saya sudah agak ada yang tak kena apabila duit job saya dari awal tahun tak masuk-masuk. Dia asyik cakap resit hilang, klien tak bayar lagi, walhal klien dan bayar. Rupa-rupanya dia dah ‘makan’ duit tu,” ujarnya lagi.

Apabila menyedarai wangnya telah disonglap pada Jun lalu, Andi sempat memberi peluang kepada kawan baiknya itu untuk berterus terang setelah semua bukti diperoleh.

“Saya mula syak pasal duit tak masuk pada bulan Jun lalu. Saya rasa pelik. Dia bagi macam-macam alasan.

“Pada bulan julai, saya tanya dia lagi. Dia buat tak tahu juga. Pada 31 Julai saya kuatkan hati terus menghubungi klien, mereka cakap sudah bank in sebelum hari raya lagi.

“Bila klien bagi bukti, saya masih call dia tanye elok-elok padanya, tapi dia tetap menafikan.

“Apabila saya bersemuka dengan dia pada 15 Ogos, apa dia buat? Dia main telefon hadapan saya. Dia buat endah tak endah. Saya bukan nak apa-apakan dia, cuma mahukan penjelasan.

“Dia buat tak tahu saja padahal semua bukti dah ada,” tambahnya lagi.

Andi juga mengaku emosinya agak terganggu apabila wang yang diharapkan untuk meneruskan kehidupannya dan keluarga akhirnya disonglap.

“Saya jadi serabut sehingga tidak post apa-apa dalam media sosial. Dalam keadaan pandemik sekarang, sudah tentu saya mengharapkan duit titik peluh saya selama ini,” ujarnya lagi.
Semoga Andi terus bersabar dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas