Berita

Penjelasan mengenai kenyataan calon KM Sabah… – Annuar

- Diterbit 12 September 2020 7:30 AM MYT

SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menjelaskan tajuk berita ‘Hajiji calon KM Sabah – Muhyiddin’ tidak mengambarkan apa yang sebenarnya ditutur oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya baru bercakap dengan editor di Utusan Malaysia Online yang melaporkan “Hajiji calon KM Sabah-Muhyidin” Setelah disemak, ia jelas tidak menggambarkan apa yang sebenar dituturkan oleh YAB PM.” kata Annuar melalui Facebook rasminya sebentar tadi.

Ucapan Muhyiddin adalah seperti berikut;

TRANSKRIP:

“Mana nak tahu, kalau rakan-rakan kita di PN, BN pun bersetuju, yang terbaik nak kita tawarkan sebagai calon untuk meminpin negeri Sabah, tidak lain tidak ialah Hajiji.

“Ini juga memerlukan persetujuan dari sekutu Bersatu,” katanya di pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran sambil disambut sorakan dan tepukan daripada orang ramai.

Menurut Annuar, Ketua Menteri Sabah hanya akan diputuskan selepas selesai Pilihanraya Negeri oleh ADUN-ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menang nanti, sesuai dengan undang-undang tubuh negeri Sabah.

Kenyataan Annuar senada dengan pendirian Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata BN memutuskan bahawa KM Sabah hanya akan dipilih oleh ADUN BN dan rakan kongsi politik apabila cukup bilangan kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baharu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas