Berita

Peniaga Pasar Sentral Labuan dibantu

KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Dr Fary Akmal Osman memberi bantuan kit makanan kepada peniaga Pasar Sentral Labuan.
- Diterbit 30 Jun 2021 5:22 AM MYT

SERAMAI 506 peniaga di Pasar Sentral Labuan menerima bantuan kit makanan dari Perbadanan Labuan (PL) bagi meringankan beban para peniaga yang terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Fary Akmal Osman berkata, semalam pihaknya telah mengagihkan bantuan kit makanan kepada 106 peniaga di pasar itu.

” Peniaga yang belum menerima bantuan itu akan diagihkan oleh Jabatan Pelesenan PL dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Malah, Fary berkata PL juga memberikan insiatif pengecualian fi lesen pasar awam selama 7 bulan dan pengurangan 50 peratus sewaan Pasar Sentral.

” Dengan insiatif itu membabitkan sejumlah kos keseluruhan RM478,130.00,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, pihaknya memahami keperitan yang dialami oleh para peniaga sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara ketika ini.

Justeru itu, dengan bantuan yang telah diberikan dapat mengurangkan sedikit bebanan kepada mereka yang terkesan.

” PL sentiasa komited untuk membantu para peniaga dari masa ke semasa,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas