Berita

Penguatkuasa DBKL dibelasah peniaga tanpa lesen

INSIDEN penguat kuasa DBKL dikasari peniaga ketika melakukan penguatkuasaan di taman tasik titiwangsa baru-baru ini.
- Diterbit 23 Januari 2020 5:26 AM MYT

KUALA LUMPUR – Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dibelasah sepasang suami isteri yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di Taman Tasik Titiwangsa di sini baru-baru ini.

DBKL dalam satu ke­nyataan memaklumkan, ke­jadian tersebut berlaku pada pukul 5.30 petang, 20 Januari lalu selepas tindakan pe­nguatkuasaan (sita peralatan perniagaan) dilakukan ter­hadap peniaga minuman yang dikendalikan menggunakan kenderaan jenis Toyota Vios.

“Peniaga terbabit menjalankan perniagaan tanpa kebenaran dan menyebabkan kekotoran persekitaran.

“Malah lebih tiga kali diberi teguran dan amaran secara lisan untuk menutup aktiviti perniagaan kerana menjalankan aktiviti tanpa kebenaran di bawah peruntukan UUK 3, Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012 .

“Semasa tindakan pe­nguat­kuasaan dilakukan, le­­laki ber­kenaan telah menghalang tugas anggota dengan menumbuk pipi kanan, menarik pakaian se­ragam dan menolak sehingga jatuh. Akibat itu, anggota terbabit mengalami ke­cederaan pada tangan kanan dan lutut kiri,” katanya.

Menurut kenyataan itu, susulan kekasaran yang dilakukan, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak selepas proses dokumentasi barang sitaan kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas