Utama

Pengawal keselamatan lecur akibat khianat

NEPAL MELECUR
LELAKI warga Nepal menunjukkan bahagian belakangnya yang melecur akibat khianat menggunakan molotov Cocktail
- Diterbit 16 Ogos 2019 3:12 AM MYT

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan warganegara Nepal melecur 10 peratus akibat perbuatan khianat menggunakan molotov cocktail di pondok pengawal sebuah kondominium di Jalan 13/23D, Taman Danau Kota di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.41 pagi itu, mangsa mengalami lecur di bahagian tangan dan belakang badan.

Menurut Komander Operasi, Che Mohd. Aizat Che Mat, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.41 pagi seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah pondok pengawal keselamatan yang berpunca dari unsur khianat.

“Tindakan khianat tersebut dilakukan suspek dengan membaling sebuah botol yang berisikan minyak (molotov cocktail) ke pondok pengawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Che Mohd., mangsa kemudiannya diberikan rawatan oleh pihak paramedik ambulan yang turut hadir ke lokasi.

Tambahnya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas