Berita

Penduduk Flat Sri Murni terima sumbangan

M. SHAMALA menerima sumbangan daripada Shahrizzat (kanan).
- Diterbit 18 Jun 2020 4:54 AM MYT

PRIHATIN dengan nasib menimpa penduduk miskin di Apartment Sri Murni Selayang, Selangor, Yayasan Wilayah Persekutuan tampil menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan harian demi meringankan beban belanja ditanggung oleh tujuh keluarga kurang bernasib baik.

Eksekutif Bahagian Pembangunan Komuniti YWP, Mohd. Shahrizzat Sirun berkata, inisiatif diambil bertujuan membantu mereka yang memerlukan seterusnya meri- ngankan beban kewangan yang dihadapi khususnya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 yang melanda.

“Kebanyakan penerima bantuan terdiri daripada penduduk miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat terpaksa berhenti bekerja setelah kawasan tempat tinggal mereka telah diisytiharkan kawasan ‘lock down’.

“Jadi atas keprihatinan tersebut, pihak YWP telah tampil menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan harian seperti beras, minak masak, serbuk minuman (milo dan nescafe) serta biskut kepada semua tujuh keluarga terjejas dengan setiap bantuan dianggar bernilai lebih RM100,” katanya kepada Wilayahku selepas program penyerahan bantuan di Apartment Seri Murni, Selayang, Selasa lalu.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan, Harmizi Abdullah, 45, berkata, sumbangan ikhlas diberikan ternyata dapat membantu mengurangkan beban kewangan terpaksa ditanggung olehnya empat orang sekeluarga, termasuk tiga anak dan seorang isteri.

“Alhamdulillah sumbangan barang keperluan seperti maggie, bihun, beras, minyak masak dan milo ini mampu menampung kekangan belanja harian kami sekeluarga. Terima kasih dan syukur atas keprihatinan pihak YWP kepada kami warga yang memerlukan,” katanya.

Bagi M. Shamala, bantuan diagihkan oleh pihak YWP itu sangat dihargai memandangkan kehidupan mereka sekeluarga agak sukar setelah dia dan suami kehilangan pekerjaan sejak bulan Mac lalu, akibat penula- ran wabak Covid-19.

“Saya sangat gembira dan kerana inisiatif yang dilaksanakan ini amat baik dalam membanttu rakyat di akar umbi yang memerlukan.

“Semua barang keperluan yang diagihkan seperti beras, biskut, maggie dan minyak masak serta minuman ini amat berguna untuk kami selain mampu mengurangkan belanja harian kami sekeluarga,” katanya.

Sanisah Ilias menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak YWP terhadap kebajikan mereka sekeluarga sebagai warga yang memerlukan.

“Alhamdulillah, terima kasih banyak kepada pihak YWP kerana telah tampil memberi- kan sumbangan yang amat bermakna ini. Ia sekaligus me- ngurangkan beban belanja kami sekeluarga.

“Harapan saya semoga pihak YWP akan terus maju jaya seterusnya dapat meluaskan lagi program bantuan seumpama- nya kepada golongan rakyat yang serba memerlukan seperti kami,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas