Berita

Pendidikan pelancongan menerusi aktiviti murid

ISHAM (tengah, belakang) bergambar bersama murid SMK Labuan yang menjadi johan pertandingan Video Promosi.
- Diterbit 15 November 2019 5:54 AM MYT

BAKAT. Seramai 160 murid dari seluruh ne­geri termasuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan meng­hadiri Program Karnival Kelab Program Pelancongan Pelajar (K3P) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Melaka pada 7 hingga 10 November lalu.

Program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) itu bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan tentang kepentingan industri pelancongan negara.

Selain itu, ia juga bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap prospek kerjaya dalam industri pelancongan dengan memupuk nilai kesukarelawan dalam kalangan pelajar untuk menjaga kebersihan dan kehijauan negara khususnya di tempat-tempat pelancongan.

Antara acara yang di­pertandingkan adalah vi­deo promosi dan explorace tourism.

SMK Labuan muncul johan pada pertandingan video promosi dan hadiah di­sampaikan Ketua Setiausaha Mo­tac, Datuk Isham Ishak.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas