Berita

“Peluh sejuk macam ais, biji mata rasa nak terkeluar” – derita pesakit COVID-19

- Diterbit 16 Januari 2021 10:44 PM MYT

MUNGKIN ada sesetengah masyarakat yang degil dan memandang remeh terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dalam memerangi pandemik COVID-19.

Untuk itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Wan E’reen Wan Hassan berkongsi pengalamannya menghidap COVID-19 di Facebook sebagai tatapan buat masyarakat.

“Pada 24 Disember 2020, saya mempunyai simptom COVID-19 yang pertama iaitu demam.

“Body temperature tak adalah  terlampau panas sangat, paling tinggi 38 (darjah celcius) macam tu. 

“Saya pergi klinik, ambil ubat demam dan standby ubat batuk terus, sebab masa tu dah mula rasa tak sedap dada. 

“Tiga hari selepas itu, rasa macam tekak tu sedikit kering. Tak sakit tapi kering dan mula berpeluh, peluh tu keluar sejuk macam ais. Lepas tu rasa macam pelik kenapa badan dah tak panas, tetapi biji mata ni rasa macam nak terkeluar.

“Saya masih sambung makan ubat, pergi kerja macam biasa. Hari ke hari, saya mula sakit dekat belakang ni. Letak macam-macam nak bagi lega. Sakit tu tetap mencucuk. 

“Kemudian dah rasa sesak nafas teruk dan Makin teruk. Pada 30 Disember,  kebetulan memang cuti, since rasa dah mula selsema, hidung sudah alami pendarahan,  saya buat swab test dekat swasta,  masa tu buat RTK je. 30 minit  menunggu, the results positive. 

“Nak tahu apa jadi pada 31 December 2020? Call KKM Petaling, dorang cakap tunggu que sebab ramai sangat. Dorang sampai cakap kalau teruk, dorang suruh saya call ambulance je,” luahnya yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Wan E’reen juga bercerita, keadaan menjadi semakin teruk seperti hilang deria rasa Dan selera makan. 

“Saya dah sesak nafas, sampai ambulance datang ambil doctor on duty masa tu terus tepuk dada saya kuat-kuat, sementara oksigen tu nak sambung. 

“Second test, saya dah mkin teruk. Dehydrated sebab dah banyak hari tak ada selera makan, hilang deria rasa dan bau.

“Selepas lima hari di wad kritikal, they monitoring me, sehari kena amik darah 4 hingga 5 kali. Doctor cakap dah masukkan dalam senarai untuk masuk icu, if the oxygen tak boleh nak bantu,” ujarnya yang kini bebas daripada virus COVID-19.

Walaupun keadaannya tidak lagi normal seperti sebelum ini, Wan E’reen bersyukur masih berpeluang bertemu anak-anak.

“Alhamdulillah! Hasil doa ibu, keluarga dan kalian semua. Saya dah boleh discharged, jumpa anak-anak. Tapi saya dah tak normal macam dulu, doctor cakap it will take 5 months to recover at least. 

“So guys, COVID-19 ni real okay! Jgn duk galak sangat gelak sana sini melancong sana sini. Time macam ni pun ada yang sembang pasal politik lagi. 

“Kuman ni memang tak nampak, walaupun saya pun tak tahu dapat dari mana. Luckily my kids all negative. Once dia attack, MEMBUNUH! 

“Just stay at home! Tak payah la bengang tak dapat balik kampung ke apa, yanf pling bahaya, yg tak ada symptoms pun positive, balik kampung kena pula dekat  orang tua korang. Sanggup? 

“Bayangkanlah. Nurse dekat sana paling takot jaga icu! Sebab? Sana kuman lagu worst! Dorang betul-betul sacrifice untuk kita semua, tolong la appreciate dorang. Nak solat pun terkejar-kejar,” kongsinya lagi yang berharap masyarakat di luar sana bantu para petugas barisan hadapan dengan duduk di rumah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas