Berita

Pelakon IDRIS MAT DIAH Meninggal Dunia

|PELAKON popular Zulkifli Ismail mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Idris Mat Diah menerusi instagramnya.
- Diterbit 14 September 2020 12:27 AM MYT

PELAKON veteran Mohd Idris Mohd Diah atau dikenali jugak sebagai Idris Mat Diah disahkan telah meninggal dunia pada usia 61 tahun, pagi ini.

Rakan artis yang baik dengan arwah, pelakon drama bersiri Gerak Khas, Zulkifli Ismail, menyampaikan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Idris.

“Innalillahiwainnailaihirajiun.. Pelakon veteran Mohd Idris Mohd Diah telah kembali ke rahmatullah.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham,” tulisnya di instagram miliknya.

Sebelum ini, Allahyarham Mohd Idris popular dengan watak Pak Andak dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2.

Antara drama lain lakonannya adalah Andainya Takdir 2, Menantu Bilal, Cinta Si Wedding Planner, Zahir Tak Terucap dan banyak lagi.

PELAKON popular Zulkifli Ismail mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Idris Mat Diah menerusi instagramnya.

Takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang beriman.

Maklumat tentang pemergian arwah akan dikemaskini sebentar lagi.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas