Berita

Arwah IDRIS MAT DIAH Tiada Selera Makan Sebelum Meninggal Dunia

ALLAHYARHAM Idris Mat Diah tidak mempunyai selera makan beberapa hari sebelum meninggal dunia. Foto: Seniman Malaysia
- Diterbit 14 September 2020 2:37 AM MYT

PELAKON drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Allahyarham Idris Mat Diah,61, telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.30 pagi pada usia 61 tahun. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Seniman Malaysia, anak arwah Alia memberitahu ayahnya didapati tidak sedar diri sekitar jam 2 pagi tadi.

Mereka menghubungi pihak ambulans dan kemudian pihak ambulans mengesahkan ayahnya meninggal dunia jam 2.30 pagi. 

Alia memaklumkan yang arwah ayahnya  tidak mempunyai selera makan beberapa hari sebelum meninggal dunia. 

Jenazah beliau dalam perjalanan dari Putrajaya ke rumah mereka di Kepong dan akan diuruskan di Masjid Al-Faizin Kepong kemudian dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong. 

Anak arwah memaklumkan jika arwah ada berhutang pada sesiapa beliau memohon agar menghubungi pihak waris bagi membincangkan berkenaan perkara tersebut. 

“Saya mohon jika ada ayah ada hutang sesiapa untuk hubungi saya”, katanya. 

LAKONAN arwah Idris bersama Siti Saleha dan Anne Abdullah antara drama yang menjadi kenangan buat peminat.

Wilayahku mengucapkan Takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah hadapi ujian Allah. 

Antara drama lain lakonannya adalah Andainya Takdir 2, Menantu Bilal, Cinta Si Wedding Planner, Zahir Tak Terucap dan banyak lagi. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas