Berita

Pasukan BOWLS’C rangkul juara Open Triples Boling Padang

ROZMAN (tengah) bersama para peserta yang menyertai Kejohanan Open Triples Boling Padang Tertutup Labuan yang diadakan di Gelanggang Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan di sini, baru-baru ini. ROZMAN (tengah) bersama para peserta yang menyertai Kejohanan Open Triples
- Diterbit 9 Januari 2022 12:00 PM MYT

PASUKAN BOWLS’C rangkul juara selepas menewaskan pasukan ZNT 14-7 dalam Kejohanan Open Triples Boling Padang Tertutup Labuan yang diadakan di Gelanggang Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan, baru-baru ini.

Pasukan tersebut yang diwakili Mohammad Aimil Ismail, Muhammad Amirul Naim Fazly dan Nur Syabil Syarqwal Mohd Hamdan membawa pulang hadiah wang tunai RM750 bersama sebuah piala dan medal.

Manakala, pasukan ZNT yang diwakili Zulpikar Manshor, Nur Khairunnisa dan Nur Erien Tiara Jumadil yang terpaksa berpuas hati bergelar naib juara menerima hadiah wang tunai RM500 dan medal.

Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan BOWL’E yang diwakili Nurul Husna Suraiya Yunus dan Mohd Hafiz Roslan dan Nur Zur’Arissya Nabihan Md Zaidi dan pasukan Kampung People yang diwakili pasangan adik beradik Nur Farah Faizah Roziman, Nur Farhana Faizah Roziman dan Mohd Raihan Roziman masing-masing menerima hadiah wang tunai RM300.

Penyerahan hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ahli Parlimen Labuan yang juga Presiden Persatuan Lawn Bowl Labuan, Datuk Rozman Isli.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Timbalan Presiden Persatuan Lawn Bowl Labuan, Rithuan Mohd Ismail dan Naib Presiden Persatuan Lawn Bowl Labuan, Hassan Jinin.

Kejohanan anjuran bersama Persatuan Lawn Bowl Labuan dan Perbadanan Labuan sempena Ambang Tahun Baharu 2022 telah disertai 32 pasukan. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas