Berita

Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga 18 Mei

Gambar hiasan
- Diterbit 4 Mac 2020 4:36 AM MYT

PUTRAJAYA – Sidang mesyuarat Parlimen bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga yang dijadualkan 9 Mac ini ditangguhkan.

Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat memaklumkan, Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen Keempat Belas yang dijadualkan berlangsung hingga Khamis, 16 April ini akan ditangguhkan ke Isnin, 18 Mei depan.

“Ia selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (2), Peraturan-peratuan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas