Biz

Pakej bersalin bilik seorang, serendah RM2,999 di Az-Zahrah

ABD. Rahman (tiga dari kiri) ketika melancarkan pakej bersalin HIAZ.
- Diterbit 12 Februari 2020 8:31 AM MYT

BANDAR BARU BANGI – Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) melancarkan pakej bersalin bilik seorang kepada para pelanggannya bermula harga RM2, 999 bagi bilik standard manakala RM3,199 untuk bilik super deluxe.

Menurut Pengarah HIAZ, Abd. Rahman Mat Dali, pakej yang dilancarkan itu adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan bilik seorang untuk keselesaan yang lebih maksimum.

“Sebelum ini, kita hanya memiliki pakej bersalin bilik berkongsi jadi agak sukar bagi pelanggan yang ingin membawa suami atau kaum keluarga untuk menemani sepanjang tempoh menanti kelahiran,” ujar beliau.

Kata Abd. Rahman, bilik super deluxe akan dilengkapi dengan peralatan seperti peti ais dan sebagainya untuk kemudahan pelanggan.

Jelasnya, mereka yang berminat dengan pakej bersalin terbaharu ini sekurang-kurangnya perlu menjalani pemeriksaan ‘antenatal’ dengan pakar pebidanan HIAZ sekurang-kurangnya tiga kali.

“Deposit serendah RM1,000 dikenakan semasa tempahan pakej dan RM1,000 semasa kemasukan wad.

“Selain daripada itu, HIAZ juga turut memperkenalkan jurnal kehamilan ibu, kelas antenatal Az-Zahrah dan mesin layan diri Mom on The Go,” kata beliau. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas