Berita

“Pakaian Dah Elok, Cuma Hilang Rasa Hormat” – SHAHEIZY SAM Dikritik Gantung Vape Di Leher

|GAMBAR yang dimuatnaik dalam Facebook Public Health Malaysia (PHM)
- Diterbit 14 November 2020 2:30 AM MYT

PELAKON terkenal Shaheizy Sam dikecam wargamaya gara-gara menggantung vape di leher ketika menjadi penyampai anugerah sewaktu acara Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABPBH 33), malam tadi.

Pelbagai reaksi dan komen timbul apabila pelakon pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) menegur perbuatan Sam yang seolah-olah kononnya mahu mempromosi vape. 

“Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca tv.

“Usah sembang mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung di TV,” tulis pengendali PHM.

GAMBAR yang dimuatnaik dalam Facebook Public Health Malaysia (PHM)

Rata-rata wargamaya kurang bersetuju dengan tindakan Sam namun masih ada yang memuji Sam memakai pakaian kebangsaan di acara berprestij itu.

“Dari segi pakaian….elok dah…cuma paling aku hilang rasa hormat…bila bersusun kat leher tu…. Utk apa semua tu…nk tayang kt dunia ka…megah sangat dengan benda tu”

“sereyes tak bijakk sebab rancangan ni mana ada had umur maka semua layak untuk tonton.. bolehhh lepasss pakai gitu!! sedih sebab ramai budak akan fikir benda tu cool padahal tak!”

“Memang sedia maklum dalam rancangan hiburan yang ditonton oleh keluarga pelbagai peringkat umur tak boleh promosikan rokok, arak termasuk vape”

“Dah namanya artis.. Artis ni ada yang cerdik ada yang tak berapa nak cerdik.Orang kipas-kipaskan duit depan mata suruh buat promosi, cepat je buat kerja”.

Itulah antara komen wargamaya. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik. 

Wilayahku pun yakin Sam pasti ada alasan tersendiri. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas