Berita

Dikaitkan Sindiket Dadah, DATUK ALHA ALFA Terkilan Difitnah

- Diterbit 13 November 2020 10:02 PM MYT

KECOH baru-baru ini kes seorang usahawan dari Kelantan yang disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah methamphetamine.

Difahamkan, individu yang terlibat dalam kes tersebut telah pun ditahan pihak berkuasa dan ini sekaligus menafikan yang jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa tidak bersalah. 

Alha sendiri menerusi instagramnya, meluahkan rasa kecewanya apabila ada pihak yang  cuba mengaitkan dirinya dengan kes tersebut. 

“Allahuakhbar agak-agaklah, huru hara saya dibuatnya. Jangan la senang-senang nak fitnah macam ni.

“Kesianlah mak ayah saya, adik beradik saya. Jangan lah nak call atau WhatsApp saya sampai macam ni sekali.

“Bukan saya, saya sedang seronok-seronok balik kerja dan ada kat rumah. Tolong jangan telefon dan sebagainya. Rimas saya,” katanya yang menafikan dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

Diharapkan masyarakat kita jangan mudah menuding jari apabila timbulnya apa sahaja isu. Selagi belum sahih, jangan buat andaian yang boleh menimbulkan fitnah.

Terdahulu, Selasa lalu, Seorang usahawan kosmetik bergelar Datuk Seri ditahan bersama adiknya dalam satu serbuan di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Selangor.

Mereka dipercayai menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum mengedarkan bekalan barang terlarang itu ke negara jiran.

kedua-dua mereka yang berusia  25 dan 31 tahun itu, ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 126.85 kilogram yang dibungkus dalam bungkusan teh Cina bernilai kira-kira RM5 juta.

Hasil serbuan, pihak polis telah menahan dua lelaki warga tempatan menaiki kereta Ford Mustang dan menemukan dadah jenis syabu dalam bungkusan teh Cina.

Semua tangkapan ditahan reman selama tujuh hari mulai 11 November hingga 17 November depan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas