Pakai jam tangan RM 1.1 juta, Siti Nurhaliza jadi inspirasi

Pakai jam tangan RM 1.1 juta, Siti Nurhaliza jadi inspirasi

KEHADIRAN bintang nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ke Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) semalam atas undangan pereka fesyen Rizman Ruzaini telah menjadi bualan pengguna media sosial.

Bukan sahaja busana yang dipakai cantik dan nampak elegan, jam tangan yang dipakai oleh Siti turut menjadi topik perbualan hangat.

Ia mula tular apabila video memaparkan Siti menggayakan seutas jam tangan mewah.

Hasil carian netizen, jam tangan daripada jenama Richard Mille itu dianggarkan bernilai RM1.1 juta. Difahamkan, jam mewah bertali merah itu bertatahkan belian.

HASIL carian netizen, jam tangan daripada jenama Richard Mille itu dianggarkan bernilai RM1.1 juta.

Rata-rata netizen bersetuju bahawa Siti berhak memiliki jam tersebut hasil usaha kerasnya selama ini.

“Datuk Siti pakai apa pun nampak elegant”

“Tak perlu bagitau pakai jam satu juta, netizen yang carikan harga. Terbaiklah DCT”

“Dah berpuluh tahun dia bekerja keras tanpa henti. Berbaloi dia merasai kemewahan pada waktu sekarang”

“ctdk ni jarang sangat tayang barang branded dia, sekali dia tayang, netizen yang cari harga”

“Tak pernah show off macam artis-artis lain. My idol” – WILAYAHKU

 

 

Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )