Utama

Padah langgar PKP, Pengurus Jualan ditahan polis

PERINTAH Kawalan Pergerakan dilaksanakan bagi memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19 di negara ini. - Gambar hiasan
- Diterbit 31 Mac 2020 8:53 AM MYT

KUALA LUMPUR – Seorang Pengurus Jualan wanita berusia 44 tahun ditahan polis semasa melalui sekatan jalan Op Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Persiaran Surian menghala Pelangi Damansara di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi tadi, wanita terbabit yang memandu kereta jenis Proton X70, turut menjerit kepada petugas dengan perkataan kasar (you all are idiots).

Dia juga bertindak mempertikaikan pihak polis yang membuat sekatan jalan raya dilokasi tersebut selain cuba menimbulkan provokasi di lokasi.

Sehubungan itu, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal, wanita tersebut ditahan dan dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut di bawah peruntukan Seksyen 24 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) kerana enggan memberitahu maklumat kediaman. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas