Artikel

OUM Merealisasikan Impian ANIF Lanjut Pengajian

|ANIF Jaafar lega impiannya mahu menyambung pengajian menjadi kenyataan dengan adanya OUM
- Diterbit 6 Julai 2020 4:45 AM MYT

KEMUDAHAN pengajian yang ditawarkan oleh  Open University Malaysia (OUM) melalui kemasukan APEL telah memberi peluang kepada Anif Jaafar melanjutkan pengajian dalam Sarjana Muda Pengurusan. 

Bagi Anif, OUM adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menawarkan pilihan yang lebih fleksibel kepada golongan bekerja sepertinya.

“Saya memilih OUM kerana ia adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menerapkan pembelajaran dengan kaedah atas talian, bersemuka dan berdikari. 

“Tambahan pula, dengan kos yang berpatutan dan waktu pembelajaran yang fleksibel, ianya mampu menarik minat ramai yang masih bekerja di luar sana untuk memilih OUM sebagai destinasi pembelajaran yang diiktiraf,” jelas Anif yang memulakan pengajian dalam bidang pengurusan pada Januari lalu melalui APEL. 

ANIF Bertuah Kerana APEL

APEL (Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu) adalah salah satu kemasukan alternatif untuk calon yang tidak memenuhi syarat minima kemasukan program.

APEL membolehkan calon yang tidak memiliki SPM atau sijil yang setara untuk memohon program diploma atau sarjana muda berdasarkan syarat kemasukan yang ditetapkan oleh OUM. 

Jadi, pengalaman bekerja di sektor swasta membantu Anif untuk menyambung pengajiannya di OUM.

ANIF Jaafar lega impiannya mahu menyambung pengajian menjadi kenyataan dengan adanya OUM

“Alhamdulillah.. sejujurnya APEL sangat membantu kerana pada zahirnya kelayakan akademik saya kurang memberansangkan.

“Namun, dengan adanya APEL, individu berusia seperti saya diberi ruang untuk merealisasikan minat dalam meneruskan pembelajaran. 

“Dengan waktu pembelajaran yang  fleksibel, ia amat bersesuaian dan bertepatan dengan pengurusan masa saya. 

“Pengetahuan dan pengalaman dalam kerjaya juga antara sebab yang menguatkan semangat saya untuk meneruskan pembelajaran secara separuh masa ini,” luahnya yang rasa bertuah apabila diberi peluang belajar tanpa mengabaikan komitmennya yang sedia ada. 

Dalam masa yang sama, Anif juga mengakui sebagai pelajar sudah tentu ada cabarannya tersendiri. 

“Cabaran yang saya lalui adalah bagaimana untuk membahagikan masa dalam kerjaya dan pelajaran. Saya perlu bijak mengurus masa seharian.

“Bukan itu sahaja, sedikit sebanyak pengorbanan perlu dilakukan dalam memberi  komitmen terhadap sosial dan keluarga. 

“Maka di sini pentingnya penelitian bagi setiap  perancangan, pelaksanaan, pemantauan agar peningkatan kos dapat diuruskan dengan baik,” ujarnya lagi.

KEPADA mereka yang bekerja di luar sana, anda berpeluang menyambung pengajian di OUM.

Anif Jaafar sudah mencapai impiannya menyambung pengajian, anda bila lagi? 

Jom sambung pengajian di OUM. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.oum.edu.my atau hubungi di talian 03-78012000.

OUM, universiti untuk semua! – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas