Artikel

Rumahku syurgaku

KERATAN akhbar Wilayahku Edisi 67.
KERATAN akhbar Wilayahku Edisi 67. KERATAN akhbar Wilayahku Edisi 67.
- Diterbit 10 Julai 2020 8:00 AM MYT

SETIAP orang inginkan sebuah rumah untuk berteduh. Tetapi bukan semua orang mampu
memenuhi hasrat hati kerana sumber pendapatan yang sangat terhad, ditambah dengan harga rumah yang tinggi khususnya di Kuala Lumpur.

Pilihan yang ada bagi ramai di antara mereka ini ialah menyewa rumah murah. Ada pula yang terpaksa menjadi setinggan. Yang penting ada bumbung untuk mengelakkan hujan dan panas serta lantai untuk duduk dan baring.

Bagi mereka yang lebih bernasib baik dan memenuhi kriteria yang diperlukan, berpeluang menyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) atau Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kadar sewa mampu.

Inilah usaha untuk memastikan golongan berpendapatan rendah berupaya menduduki rumah yang selesa walaupun tidak mewah. Ia juga melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan ini.

Namun kerana jumlah mereka yang memerlukan ramai melebihi unit rumah yang ada, tidak semua berpeluang menyewa rumah PPR atau Perumahan Awam DBKL. Tetapi mereka tidak
dilupakan. Jika ada unit-unit baharu dibina, mereka akan diberi keutamaan.

Adi bangga kerana usaha Kementerian Persekutuan(KWP) dan DBKL tidak terhenti kepada
hanya memberi peluang menyewa kepada yang memerlukan, malah mereka juga berpeluang diberi hak milik rumah di bawah program Baiti Jannati atau ‘Rumahku Syurgaku’.

Program yang turut didukung oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) serta Tenaga Nasional (TNB) menyasarkan memberi bantuan kepada 60 keluarga untuk memiliki rumah sendiri. Mereka adalah kelompok miskin tegar yang tinggal di PPR dan Perumahan Awam
DBKL.

Penerima pertama bantuan ini, Siti Zainah Mohd Zain, 44, yang tinggal di PPR Kampung
Muhibbah, Bukit Jalil, telahpun menerima bantuan tersebut daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa pada 1 Julai lalu.

Bukan setakat memberi rumah, peralatan di dalam rumah juga disediakan oleh YWP seperti peti ais, kipas, periuk, langsir dan perkaraperkara lain yang diperlukan penghuni. Mana-mana bahagian rumah yang rosak juga akan diperbaiki.

Adi difahamkan pihak berkuasa sedang meneliti dan menyaring individu lain yang layak menerima bantuan ‘Rumahku Syurgaku’ ini dan bakal diberikan surat hak milik masing-masing pada satu tarikh ditetapkan kemudian.

Sehubungan itu Adi mengucapkan tahniah kepada Siti Zainah yang menjadi penerima pertama. Kepada mereka yang masih menunggu Adi harap mereka bersabar. Ada rezeki, mereka akan dapat.

Apa pun Adi berharap berharap mereka yang telah dapat manfaat menyewa rumah PPR atau Perumahan Awam DBKL sentiasa menjaga harta benda.

Di samping itu, sentiasa utamakan kebersihan dan keindahan persekitaran. Bersyukurlah terpilih menjadi penyewa kerana bukan semua orang mendapat peluang sama

Annuar Musa Ceriakan Penjaja Setapak Indah

HANYA seminggu selepas Adi menulis dalam Pojok pada 26 Jun mengenai syor pemberian
lebih banyak lesen kepada peniaga ‘tidak sah’, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa mengambil tindakan pantas menyerahkan sendiri permit berniaga sementara kepada 90 peniaga di Setapak Indah, Setapak, Kuala Lumpur pada 3 Julai.

Inilah langkah paling berkesan memastikan permit diberi terus kepada peniaga, tanpa  melalui orang tengah atau kartel yang mengaut keuntungan atas angin. Kelompok ini sememangnya tidak harus diberi muka meraih keuntungan di atas usaha orang lain.

Ramai peniaga di tepitepi jalan, warung atau gerai beroperasi tanpa lesen atau permit sah. Bukan mereka tidak mahu memiliki lesen, namun proses permohonan mengambil masa. Tetapi demi mencari rezeki mereka berniaga juga.

Kepada mereka yang masih menunggu Adi harap mereka bersabar. Ada rezeki, mereka akan dapat.

Mereka sentiasa diselubungi kebimbangan. Adi faham, pada sebarang waktu penguatkuasa
akan datang menyita gerai, mengambil peralatan perniagaan serta mengenakan kompaun.
Kedatangan Annuar sebagai Menteri Wilayah Persekutuan membawa sinar baharu kepada
penjaja dan peniaga dengan pendekatan ‘mesra peniaga dan penjaja’.

Dengan ‘moto’ ini Annuar mahu golongan yang benarbenar minat berniaga diberi lebih
banyak lesen untuk membolehkan mereka beroperasi dalam tenang tanpa bimbang diburu atau disita oleh penguatkuasa.

Kehadiran Annuar menyampaikan sendiri permit sementara kepada 90 peniaga di Setapak Indah begitu menceriakan mereka. Permit ini sah diguna pakai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos ini.

Walaupun permit sementara, ia sudah cukup melegakan peniaga kerana kini mereka boleh berniaga dalam keadaan tenang. Tidak perlu lagi bimbang penguatkuasa Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) datang ‘mengganggu’ mereka.

Mereka juga masih berpeluang memohon lesen tetap, namun perlu membuat permohonan
rasmi kepada pihak DBKL. Mereka yang layak dan benarbenar komited berniaga berpeluang besar memperoleh lesen tetap ini.

Pada Adi, sikap Annuar yang turun sendiri memberikan permit kepada peniaga bukan sahaja menyerlahkan sikap prihatin tetapi pada masa sama memupuk hubungan baik dengan peniaga.

Peniaga memandang beliau sebagai tempat bergantung harap kerana sentiasa megambil berat kebajikan mereka dan berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.

Para penjaja dan peniaga di Setapak Indah merupakan mereka yang berniaga di sepanjang jalan utama taman itu yang menghubungkannya dengan Taman Danau Kota, Taman Ibu Kota dan Taman Melati. Kedudukannya betulbetul di hadapan pasar larut malam atau Bazaria Danau Kota.

Mereka berniaga di atas bahu jalan. Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual, daripada
kuih-muih atau goreng pisang hingga kepada laksa dan nasi. Daripada air teh kepada air
jagung atau kelapa.

Oleh kerana kedudukannya di bahu jalan utama, perniagaan di sini mendapat sambutan
menggalakkan. Ramai pelanggan berhenti membeli makanan dan minuman, daripada sarapan pagi hinggalah ke makan tengahari serta sajian minuman petang.

Oleh kerana itu jumlah peniaga terus bertambah. Jika pada peringkat awal dahulu hanya beberapa gerai di situ, kini ia sudah penuh di sepanjang jalan, di sebelah kiri dan kanan. Adi menyaksikan sendiri pertumbuhan perniagaan kerana tinggal di kawasan ini.

Dengan pemberian permit kepada para peniaga, Adi percaya perniagaan di kawasan itu akan menjadi lebih maju dan para peniaga akan lebih komited dengan perniagaan masingmasing.

Cuma Adi berharap keadaan dan persekitaran gerai-gerai di situ ditambah baik. Misalnya bahu jalan wajar diperelok dengan disimen untuk mengelakkan becak jika hujan atau debu ketika panas.

Selain itu kanopi juga wajar diseragamkan, tidak bermacam bentuk, saiz atau warna seperti
sekarang sehingga menyakitkan mata memandang.

Adi percaya dengan penambahbaikan ini, persekitaran akan lebih bersih dan menarik. Dengan tarikan ini insyaAllah lebih ramai pelanggan akan datang.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas