Selera

“Otak saya bengkak sikit, mungkin stres” – Fazli Zainal

- Diterbit 7 November 2021 9:40 AM MYT

PENYANYI Fazli Zainal, 43, yang mengalami tekanan darah tinggi secara mendadak kelmarin (Jumaat) tidak menolak kemungkinan dirinya stres disebabkan kerja yang perlu diselesaikannya.

Pelantun lagu Harapan ini juga mengaku sibuk membuat persiapan untuk beberapa program hingga dirinya mengalami kehilangan memori jangka pendek.

“Doktor bagitau otak saya bengkak sikit semalam. Mungkin stres fikir pasal banyak kerja tiba-tiba, tapi Alhamdulillah saya tak apa-apa.

“Insya Allah doktor akan merawat saya dengan baik. Semalam saya hilang ingatan sekejap. Short term memory lost (hilang ingatan sementara).

“Tanda-tanda mild stroke peringkat awal kalau tak dikawal. Terima kasih pada yang concern pasal saya. Doakan saya tak apa-apa ya,” luahnya di instagram story miliknya.

Terdahulu Fazli dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan di Shah Alam selepas tekanan darahnya naik mendadak, kelmarin.

Fazli mengalami hilang ingatan secara tiba-tiba ketika berada di sebuah pusat karaoke di Cheras bersama dua lagi rakannya.

Sebelum ini Fazli pernah dirawat selama 29 hari di Hospital Ampang mulai 31 Julai lalu kerana tahap oksigen dalam badannya turun sehingga 75 peratus akibat COVID-19. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas