Selebriti

“Haji Zeel selalu kritik lakonan saya kayu atau tak” – Aidit Noh

|||AIDIT Noh bersama Haji Zeel ketika penggambaran did Uzbekistan beberapa tahun lalu.|ANTARA babak lakonan Aidit Noh dalam drama bersiri Tahyul.||
- Diterbit 7 November 2021 12:33 PM MYT

REZEKI tidak pernah salah alamat. Semuanya adalah ketentuan Allah. Biasanya ada pihak mendakwa, kebanyakan selebriti yang berkahwin pasti akan melalui zaman ‘kesuraman’.

Namun tidak bagi pelakon kacak Aidit Noh, boleh dikata rezekinya makin murah selepas mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.

Selepas membintangi drama bersiri Tahyul (TV3) terbitan Zeel Production, Aidit akan meneruskan sesi penggambaran bersama produksi itu.

“Alhamdulillah, selepas berkahwin pada Mei lalu tawaran berlakon terus datang kepada saya walaupun kita semua diuji dengan pandemik COVID-19.

“Sama ada sudah berkahwin atau tidak, itu bukan soalnya. Bagi saya itu semua rezeki.

“Apa-apa pun, masih banyak sangat perkara yang perlu saya perbaiki dan belajar untuk mantapkan persembahan lakonan saya. Terima kasih kepada pengarah, Penerbit dan krew kerana banyak membantu saya.

“Antaranya ialah penerbit Haji Zeel (Zeel Production) yang selalu kritik lakonan saya kayu atau tak menjadi. Jadi, dari situ saya belajar dan improve untuk next job.

“Selain memberi peluang kepada saya mencuba pelbagai watak, dalam sikapnya yang mesra, sebenarnya dia seorang yang tegas dan sentiasa mahukan yang terbaik.

“Selain itu, untuk lelaki yang dah berkahwin seperti saya, selagi mana jaga penampilan dan kualiti lakonan , insya Allah ada rezeki.

“Bukan itu sahaja, attitude dengan penerbit,stesen televisyen,rakan media, teman artis, krew dan lain-lain juga perlu dijaga,” katanya yang mendapat pujian ramai menerusi lakonannya dalam drama bersiri Tahyul.

AIDIT Noh bersama Haji Zeel atau nama sebenarnya Fadzil Teh, ketika penggambaran di Uzbekistan beberapa tahun lalu.

Dalam Tahyul, Aidit atau nama sebenarnya Ahmad Aidit Noh,28, bawa watak sebagai Ghazry iaitu suami kepada Mina (lakonan Tania Hudson).

“Ghazry seorang yang panas baran, kepala angin dan mempunyai ego yang tinggi. Bagi saya watak sebegini agak susah sebab memang dia panas baran dari mula tapi dalam masa yang sama ada sedikit rasa sayang. Kadang-kadang macam seorang yang psiko juga.

“Kalau nak bawa watak marah-marah setiap masa tak berapa susah,tapi kena selitkan babak romantik itu yang agak sukar. Bukan senang nak jadi panas baran yang romantik.

“Watak Ghazry ini memang sukar dan mencabar. Pengarah banyak guide saya supaya sentiasa on track sampai habis shooting supaya saya tak lari dari karakter ssebenar Terima kasih juga kepada semua team Tahyul,” jelasnya lagi yang akan memulakan penggambaran drama bersiri 80 episod dan 40 episod tidak lama lagi.

ANTARA babak lakonan Aidit Noh dalam drama bersiri Tahyul.

Sedikit info tentang perkahwinan, Aidit bernikah dengan gadis dari Terengganu, Nur Afiqah Hanani Mohd Yani, 22, pada 29 Mei lalu. Mereka dinikahkah secara atas talian memandangkan negara ketika itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas