Berita

Orang ramai masih berdegil pergi berhari raya

memulakan lawatan rasmi empat hari ke Turkiye bermula Selasa (Esok).
- Diterbit 28 Mei 2020 11:07 AM MYT

PUTRAJAYA – Segelintir orang ramai didapati terus berdegil melakukan ziarah selepas hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Ini dibuktikan apabila sebanyak 64 kompaun dikeluarkan semalam atau hari keempat Aidilfitri berbanding hanya 25 kompaun dikeluarkan kelmarin.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan dikeluarkan kerajaan sebelum ini telah menjelaskan amalan ziarah hanya dibenarkan pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

“Jadi, jika lebih daripada Aidilfitri pertama adalah tidak dibenarkan,” tegasnya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan rekod sebanyak 728 kompaun secara keseluruhan dikeluarkan semalam.

Ujar Ismail Sabri, ini termasuk 244 kompaun di lapangan dengan 203 daripadanya dilakukan di 150 sekatan jalan raya di seluruh negara.

“Cubaan rentas negeri juga didapati meningkat kepada 842 berbanding 824 kelmarin.

“Selangor mencatatkan cubaan rentas negeri paling tinggi dengan 514, diikuti Negeri Sembilan (54) dan Melaka (51),” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas