Berita

50 peratus kos kuarantin di hotel pelajar pulang ke tanah air ditanggung penaja

PELAJAR yang baru pulang dari luar negara perlu jalani kuarantin dengan 50 peratus kos di hotel ditanggung penaja. Gambar hiasan
- Diterbit 28 Mei 2020 11:17 AM MYT

PUTRAJAYA – Kos kuarantin hotel sebanyak 50 peratus ke atas para pelajar yang tamat tempoh pulang ke negara ini akan ditanggung oleh penaja mereka.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu hasil Mesyuarat Khas Jawatankuasa Menteri-Menteri Berkaitan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pagi tadi.

Kata beliau, sebelum ini ramai yang mencadangkan supaya para pelajar itu dikecualikan daripada bayaran 50 peratus kuarantin hotel.

“Kita telah menerima sebanyak 18,000 permohonan pulang ke tanahair dengan kebanyakannya pelajar yang tamat tempoh.

“Penaja akan menanggung 50 peratus kos tersebut dan selebihnya ditanggung kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Ismail Sabri menegaskan, setakat ini tiada pelajar warga asing atau antarabangsa di negara ini dijangkiti Covid-19.

“Kalau ada kes melibatkan mereka di universiti terbabit akan asingkan untuk dirawat namun setakat ini tiada,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas