Selebriti

Kenapa NADIA BRIAN Elak Hamil?

|NADIA Brian elak hamil kerana bimbang dengan penularan wabak Covid-19 yang belum reda|NADIA bahagia bersuamikan Muizz
- Diterbit 19 Jun 2020 5:10 AM MYT

SETIAP pasangan suami isteri pasti menginginkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. 

Namun, bagi pelakon yang sudah enam bulan bergelar isteri Nadia Brian, sekarang bukanlah waktu sesuai untuk dirinya hamil. Kenapa ya? 

“Tidak dinafikan, memang ramai yang bertanyakan soal anak. Itu perkara biasa. Mana-mana pasangan yang baru berkahwin pasti akan diajukan soalan sebegitu.

“Jadi saya tidaklah rasa tertekan atau terlalu memikirkan soal anak. Saya relaks saja. 

NADIA Brian elak hamil kerana bimbang dengan penularan wabak Covid-19 yang belum reda

“Cuma pasal anak ni, saya dan suami tidaklah terlalu merancang. Namun, buat masa ini kalau boleh saya nak elak hamil memandangkan wabak Covid-19 di Malaysia belum reda.

“Bukan apa, risau juga kalau saya hamil boleh memberi kesan kepada kandungan saya. Iyalah.. kandungan saya bersiko untuk dijangkiti.

“Namun, saya tidak menolak jika rezeki anak itu datang sekarang. Kita hanya merancang.  Semuanya kuasa Allah,” luah Nadia Brian kepada Wilayahku yang kini bahagia bersuamikan Muizz Nasruddin pada 9 November tahun lalu. 

Selain itu, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed  Rashid juga melahirkan rasa bertuah apabila rezeki dalam lakonan tidak putus walaupun negara dilanda wabak Covid-19.

NADIA bahagia bersuamikan Muizz

“Tidak dinafikan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak memang memberi kesan kepada kerjaya sebagai pelakon.

“Alhamdulillah.. tamat sahaja PKP, saya kembali menjalani penggambaran. Walaupun ada penggiat seni yang kurang bernasib baik kerana tiada tawaran pekerjaan, saya doakan rezeki mereka terus murah,” luahnya yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri  Rudy vs Joli untuk TV Okey. 

Sebelum ini  Nadia Brian popular menerusi drama Akulah Balqis, Sweetie Nanie, Cik Serba Tahu, Rahasia Kasih dan banyak lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas