Lensa

NYAH KUMAN CEGAH COVID-19 DI KAMPUNG BARU

DRON diterbangkan bagi melakukan semburan nyah kuman di Kampung Baru dengan berlatar belakang Menara Berkembar Petronas KLCC. Dron jenis Dronology Scarlet Sprayer 16 liter ini mampu terbang setinggi 120 meter. Gambar NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 31 Mac 2020 5:51 AM MYT

SERAMAI 100 petugas terdiri dari Unit Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Alam Flora terlibat dalam proses disinfeksi di Kampung Baru hari ini.

Operasi tersebut kelihatan lebih agresif apabila memperluaskan semburan nyah kuman di kawasan rumah penduduk dan kawasan tumpuan orang ramai di sekitar Kampung Baru dalam operasi bermula pukul 9 pagi.

Kampung Bahru yang merupakan penempatan tradisi Melayu berusia lebih 100 tahun yang terletak di tengah Kuala Lumpur kini sunyi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga 14 April ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19. – WILAYAHKU

FLAT PKNS, Kampung menjadi kawasan tumpuan diadakan operasi nyah kuman.

 

PETUGAS menyembur cecair nyah kuman di kawasan rumah penduduk dalam Operasi Sanitasi Awam di Kampung Baru pagi tadi. (31 Mac 2020)

 

KAWASAN anjung kediaman penduduk turut disembur bahan nyah kuman bagi mengekang wabak Covid-19.

 

ANGGOTA bomba melakukan semburan nyah kuman di kawasan perumahan penduduk di Kampung Baru.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas