Berita

NSFC juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan

PERLAWANAN sengit antara pasukan KL City FC dan NSFC dalam merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan.
- Diterbit 17 Februari 2022 4:29 PM MYT

PASUKAN Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya menundukkan Kuala Lumpur City FC (KLFC) 2-0 dalam Piala Menteri Wilayah Persekutuan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini.

Jaringan seawal minit kedua oleh pemain nombor 11, Matheus Alves Leandro menyaksikan Negeri Sembilan FC menguasai permainan pada separuh masa pertama.

Momentum pasukan tuan rumah agak perlahan namun terdapat beberapa cubaan untuk mematahkan barisan pertahanan NSFC.

Gol kedua diperolehi NSFC melalui sepakan penalti oleh pemain berjersi nombor 4, Herold Mark Goulon sekali gus meletakkan pasukan ini sebagai juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan.

Lebih manis kemenangan NSFC apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim memberi hadiah kejutan wang tunai bernilai RM30, 000.

Dalam pada itu, KL City FC turut menerima insentif istimewa bernilai RM1.5 juta sempena kemenangan pasukan itu kejayaan menjuarai Piala Malaysia tahun lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas