Berita

NEELOFA Dan PU RIZ Bakal Berkahwin, “Insan Ini Dapat Membahagiakannya” – Ibu

KARTINI (tengah) bersama anaknya Neelofa dan PU Riz
- Diterbit 1 November 2020 11:25 PM MYT

IBU selebriti popular Neelofa, Noorkartini Noor Mohamed meluahkan rasa syukur apabila anaknya itu kini sudah bertemu bakal suami. 

Menerusi instagramnya, Kartini menyatakan Neelofa kini bertemu dengan insan yang boleh membimbing anaknya itu. 

Status ini seolah-olah mengesahkan spekulasi yang Neelofa,31,  kini sudah disunting oleh pendakwah dan pelakon Hariz Imail atau lebih dikenali sebagai PU Rizz,25,  dari program Pencetus Ummah 2016. 

KARTINI (tengah) bersama anaknya Neelofa dan PU Riz

“Bismillahhirohmanirohim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Syukur ku padamu Ya Rabb. saat yang ku tunggu-tunggu dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.. aku yakin dengan ketentuanMu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusannya.. 

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti. amin..

“@neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,” tulis Kartini.

KARTINI bersama Neelofa dalam satu acara yang dikatakan berlangsungnya majlis istimewa buat Neelofa dan PU Riz

Sebelum Kartini memuatnaik status ini, kecoh di media sosial apabila tersebar beberapa foto Neelofa dan PU RIZ serta keluarga kedua-dua belah pihak berkumpul seperti ada majlis penting seperti merisik atau bertunang. 

Menerusi kapsyen di instagram, Haji Zeel mendoakan agar Urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan.

Selain itu, penerbit terkenal Fadzil Teh (Zeel Production) atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel turut memuatnaik gambarnya bersama pasangan bahagia itu.

Haji Zeel turut mendoakan agar Neelofa dan PU Riz agar cepat bernikah. 

Difahamkan juga pasangan ini bakal bernikah pada Mac 2021.

Sama-sama kita doakan yang terbaik  buat Neelofa dan PU Riz.  – WILAYAHKU

Instagram: @noorkartini

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas